Description
✅100% Authentic Products & Official Seller
✅ Jakim Halal, Malaysian Brand, HACCP, Mesti, GMP & BRC Certified
✅ Product of Malaysia / Made in Malaysia
✅ UNTUK PEMBELIAN PUKAL/BORONG, BOLEH CHAT KAMI DAHULU UNTUK KAMI ATURKAN EXPRESS DELIVERY (SAME DAY DELIVERY). KAMI TAK SARANKAN ANDA UNTUK MENGGUNAKAN STANDARD DELIVERY (COURIER) BAGI PEMBELIAN ATAS 100 UNIT UNTUK MEMASTIKAN PRODUK TIDAK PECAH DAN ROSAK.
✅ FOR BULK/WHOLESALE PURCHASE, PLEASE CHAT US FIRST SO THAT WE CAN ARRANGE EXPRESS DELIVERY (SAME DAY DELIVERY). WE DO NOT RECOMMEND YOU TO USE STANDARD DELIVERY (COURIER) FOR PURCHASES OVER 100 UNITS TO ENSURE THE PRODUCT IS NOT BROKEN AND DAMAGED.
- JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) – Halal Food Standard
- HACCP (Hazard Analysis & Critical Control Points) – Food Safety System
- BRC (British Retail Consortium) – Food Safety Global Standard
Allergen: Produced in a factory that handles wheat (gluten), soybean, egg, and their sub-products. All additives are of plant or synthetic origin.
Storage: Keep refrigerated after opening and store away from direct sunlight.
Alergen: Dihasilkan di kilang yang mengendalikan gandum (gluten), kacang soya, telur dan sub-produknya. Semua bahan tambahan berasal dari tumbuhan atau sintetik.
Cara Penyimpanan: Letak di dalam peti sejuk selepas dibuka dan elakkan daripada terdedah dari cahaya matahari secara langsung.
#TeamYakinSedap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada IG : @kakwan_ct , @anies_choc dan @umikitchen88 kerana memberikan review dan resepi dengan menggunakan #ProdukYakinSedap yang sangat menarik dan simple. Jadi inilah repost untuk kami kongsikan bersama anda semua resepi + pendapat mereka 🤩🥰
Repost @kakwan_ct
MANISAN RAMADAN
#menuramadanyakin
SIMPLE RESIPI
Bingka Kacang Merah Sirap Rose
By Kak Wan
Bahan-bahan
- 2 cawan kacang merah rebus
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 cawan air
- 2 cawan santan kotak
- 1 cawan gula
- 2 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar sirap rose @yakinsedap.my
- Sedikit bijan untuk hiasan
- 3 loyang kemboja atau loyang 9in (leser dengan minyak)
Cara-cara :
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali kacang rebus dan bijan.
- Whisk hingga sebati dan tapis atau boleh juga di blend dengan pengisar.
- Gaul rata dan masak sebentar hingga naik wap.
- Bila adunan bahagian bawah sedikit berketul, tutup api dan whisk hingga rata.
- Masukkan kacang merah dan gaul sebati.
- Panaskan loyang di atas dapur gas hingga minyak berdesir.
- Tutup api dan tuang adunan hingga penuh. Tabur atasnya dengan bijan.
- Masak sebentar dengan api kecil selama 5 minit.
- Panaskan oven pada suhu 175C, alihkan loyang ke dalam oven.
- Bakar selama 30 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi untuk garingkan bahagian atas.
- Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.
Repost @anies_choc
Juadah berbuka puasa yang saya sediakan hari ini sangat SIMPLE RESEPI nya. Pastinya ini lah kuih yang sering di cari bila kita pergi ke bazaar ramadan. Apakata lepas ni kita boleh sediakan sendiri di rumah.
Kuih Lapis Gulung
Bahan-bahan
- 2/3 cawan tepung ubi kayu
- 1/3 cawan tepung gandum
- 200ml santan
- 1/4 sudu kecil garam
- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan air
- 1 helai daun pandan – simpul
- 1 sudu kecil sirap ros @yakinsedap.my
- 1 titik pewarna charchol ( warna terpulang masing-masing)
- Caranya
- Masukkan air, santan, gula halus, dan daun pandan ke dalam periuk, masak hingga gula hancur. Masak sekejap sahaja. Biarkan sejuk.
- Di dalam bekas, campurkan tepung-tepung, garam dan santan yang di sejukkan tadi
- Kacau hingga sebati dan tapiskan.
- Bahagi kan kepada 4 bahagian. 2 bahagian biarkan putih, 1 bahagian letakkan sirap ros @yakinsedap.my dan 1 bahagian pewarna charchol.
- Panaskan pengukus. Masukkan loyang size 7 x 7 yang telah disapukan sedikit minyak
- Tuang adunan berwarna merah, kukus 5 minit. Tuangkan adunan berwarna putih, kukus lagi 5 minit. Kemudian diikuti warna charchol dan akhir sekali warna putih. Untuk yang terakhir kukus lagi 10 minit.
- Angkat dan biarkan sejuk.
- Keluarkan kuih, letak atas plastik dan gulung bagi padat dengan plastiknya.
- Biarkan kuih betul-betul sejuk baru di hiris nipis dengan menggunakan pisau plastik.Siap untuk di hidang
Repost @umikitchen88
Buat agar-agar sirap bandung petang ni😋😋menggunakan sirap ros dari @yakinsedap.my 🥰
AGAR-AGAR SIRAP BANDUNG(6 biji)
- 1 1/2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- Susu pekat *adjust sendiri manis tu☺️
- 1 sk serbuk agar-agar
- 2 SB sirap ros dari @yakinsedap.my
- campur semua Bahan kecuali Serbuk agar-agar ke dalam periuk
- masak sampai berbuih kecil masukkan Serbuk agar-agar
- masak sampai menggelegak terus tutup api
- sediakan bekas apam dan basahkan sedikit
- tuang ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais
- dah sejuk sedia untuk di makan 🤤