YAKIN SEDAP Kicap Masin (2kg)

RM13.00

Categories ,
Categories ,

Description

✅100% Authentic Products & Official Seller

✅ Jakim Halal, Malaysian Brand, HACCP, Mesti, GMP & BRC Certified

✅ Product of Malaysia / Made in Malaysia

✅ UNTUK PEMBELIAN PUKAL/BORONG, BOLEH CHAT KAMI DAHULU UNTUK KAMI ATURKAN EXPRESS DELIVERY (SAME DAY DELIVERY). KAMI TAK SARANKAN ANDA UNTUK MENGGUNAKAN STANDARD DELIVERY (COURIER) BAGI PEMBELIAN ATAS 100 UNIT UNTUK MEMASTIKAN PRODUK TIDAK PECAH DAN ROSAK.

✅ FOR BULK/WHOLESALE PURCHASE, PLEASE CHAT US FIRST SO THAT WE CAN ARRANGE EXPRESS DELIVERY (SAME DAY DELIVERY). WE DO NOT RECOMMEND YOU TO USE STANDARD DELIVERY (COURIER) FOR PURCHASES OVER 100 UNITS TO ENSURE THE PRODUCT IS NOT BROKEN AND DAMAGED.

 

  • JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) – Halal Food Standard
  • HACCP (Hazard Analysis & Critical Control Points) – Food Safety System
  • BRC (British Retail Consortium) – Food Safety Global Standard

 

Allergen: Produced in a factory which handles wheat (gluten), soy bean, egg and their sub-products. All additives are of plant or synthetic origin.

Storage: Keep refrigerated after opening and store away from direct sunlight.

Alergen: Dihasilkan di kilang yang mengendalikan gandum (gluten), kacang soya, telur dan sub-produknya. Semua bahan tambahan berasal dari tumbuhan atau sintetik.

Cara Penyimpanan: Letak di dalam peti sejuk selepas dibuka dan elakkan daripada terdedah dari cahaya matahari secara langsung.

 

#TeamYakinSedap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada IG : @kesumadewi2000 , @yuyuandfoods dan @mira.sofia.saufi kerana memberikan review dan resepi dengan menggunakan #ProdukYakinSedap yang sangat menarik dan simple. Jadi inilah repost untuk kami kongsikan bersama anda semua resepi + pendapat mereka 🤩🥰

Repost @kesumadewi2000

 

Resepi Ayam Panggang Yakin Sedap

Bahan bahan untuk ayam:

4 bahagian peha

5 sudu besar sos lada hitam Yakin

2 sudu besar sos tiram Yakin

1 sudu besar kicap masin Yakin

1 sudu besar kicap manis Yakin

2 ulas bawang putih di racik halus

1/2 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar

1/2 sudu besar mix herbs

Sedikit minyak zaitun

 

Penyediaan:

Perapkan semua bahan bersama paha ayam selama paling kurang 45 minit

Kemudian bakar dalam oven atau air fryer sehingga masak.

Hidangan bersama sos lada hitam

Bahan bahan untuk sos:

1/2 sos lada hitam Yakin

Sup cendawan dalam tin

2 ulas bawang putih diracik

Sedikit mentega untuk menumis

1/2 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar

1 sudu besar kicap manis Yakin

 

Penyediaan:

Tumis bawang putih bersama mentega sehingga naik bau

Masukkan semua bahan yang lain, tambahkan air sebanyak 1 tin

Kacau dan biarkan sehingga pekat dan sebati.

Boleh dihidang bersama ayam panggang tadi.

Repost @yuyuandfoods

 

RESEPI DAGING MASAK KICAP

Bahan bahan

500gm Daging Lembu

2 bj Kentang

2 bj Bawang Besar ( dihiris bulat)

3 ulas Bawang Putih ( diketuk )

5 bj Lada Kecik (diketuk)

4 sb Kicap Lemak Masin @yakinsedap.my

Minyak untuk menumis

Air secukupnya

 

Cara cara

1. Potong kentang kemudian goreng separuh masak dan ketepikan.

2. Panaskan minyak untuk menumis bawang putih yang diketuk . Apabila sudah naik bau masukkan daging dan gorengkan sebentar.

3. Jika daging masih liat boleh masukkan air dan mask daging sehingga empuk .

4. Apabila air sudah kering , masukkan kicap dan kentang , masak sehingga sebati . Boleh pilih nak berkuah atau kering.

5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili padi yang telah diketuk tadi . Daging masak kicap siap untuk dinikmati.

Repost @mira.sofia.saufi

Harini kite buat ayam masak kicap paling simple. Malas nak tumis lama2. Kite hiris2 je. Tak buh cili pun tapi buh sikit lada hitam.

.

Kite gunakan kicap masin dari @yakinsedap.my . Memang sedap. Hitam pekat berkilat. 😋

.

Resepi Ayam Masak Kicap

.

Ayam (digoreng)

Bawang (dihiris)

Garlic (dicincang)

Kayu manis

Bunga lawang

Biji pelaga

Daun kari

Lada hitam

Kicap masin @yakinsedap.my

.

Panaskan sedikit minyak.

.

Tumiskan bawang dan garlic serta rempah 3 sekawan dan daun kari sehingga wangi.

.

Masukkan ayam goreng. Renjiskan kicap masin @yakinsedap.my dan taburkan lada hitam. Gaul sehingga sebati. Siap.

Additional information

Weight 2 kg
Dimensions 10 × 10 × 10 cm