Ayam Masak Merah

Menu ni boleh di sajikan pada hari raya haji nanti 🥰nasi tomato bersama ayam masak merah..kinah masak menggunakan sos cili dan kicap manis dari @yakinsedap.my

AYAM MASAK MERAH

By ~umikitchen88 (@umikitchen88)

Bahan-bahan :

  • Ayam(perap dengan kunyit dan garam)
  • Bawang merah*kisar
  • Bawang putih *kisar
  • Halia *kisar
  • Serai (ketuk)
  • Cili kisar
  • Sos cili pedas dari @yakinsedap.my
  • Sedikit kicap manis @yakinsedap.my
  • Gula Melaka
  • Garam
  • Air

👉mula-mula goreng ayam sehingga masak

👉kemudian goreng serai bersama bahan kisar(bawang dan halia) sehingga naik bau

👉masukkan cili kisar,gula Melaka ,dan garam

👉bila dah sedikit pecah minyak masukkan sos cili dan kicap @yakinsedap.my

👉tambah air untuk lebihkan kuah..akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng tadi

👉siap..selamat mencuba❤️

CATEGORIES