Description
✅100% Authentic Products & Official Seller
✅ Jakim Halal, Malaysian Brand, HACCP, Mesti, GMP & BRC Certified
✅ Product of Malaysia / Made in Malaysia
- JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) – Halal Food Standard
- HACCP (Hazard Analysis & Critical Control Points) – Food Safety System
- BRC (British Retail Consortium) – Food Safety Global Standard
Allergen: Produced in a factory which handles wheat (gluten), soy bean, egg and their sub-products. All additives are of plant or synthetic origin.
Storage: Keep refrigerated after opening and store away from direct sunlight.
Alergen: Dihasilkan di kilang yang mengendalikan gandum (gluten), kacang soya, telur dan sub-produknya. Semua bahan tambahan berasal dari tumbuhan atau sintetik.
Cara Penyimpanan: Letak di dalam peti sejuk selepas dibuka dan elakkan daripada terdedah dari cahaya matahari secara langsung.
#TeamYakinSedap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada IG:
zirahzahari, @arninajamal & umikitchen88
kerana memberikan review untuk #ProdukYakinSedap yang sangat menarik. Jadi inilah repost untuk kongsikan resepi + pendapat mereka 🤗✨
@zirahzahari
Hari ini saya luangkan masa untuk sediakan hidangan Pizza kerana satu keluarga sangat sukakannya pizza 😄. Untuk kelainan saya sediakan pizza berperisa lada hitam. Untuk membuat sos pizza ia lebih mudah, cepat dan semestinya sedap dengan adanya sos Lada hitam @yakinsedap.my. 👍🏼
Black Pepper Pizza Boats 🍕
Bahan-bahan : ( Doh Pizza)
- 1/4 cawan air suam
- 1sb yis
- 1 sb gula
- (satukan tutup biar berbuih)
- 1 cawan 1/2 tepung gandum*
- 1/2 sk Baking powder *
- Sedikit garam *
- 1sb Butter *
- 1 biji telur
- 2sb minyak
*satukan bahan dan ramas sebati. Masukan telur dan uli menggunakan tangan. Masukan bancuhan yis tadi sedikit demi sedikit. Uli selama 10 minit. Jika adunan terlalu lembik. Tambah sedikit tepung. Masukkan minyak dan uli lg 10 minit sehingga adunan sebati. Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembab. Rehatkan selama 1 jam.
Sementara itu sediakan sos lada hitam
Bahan-bahan :
- 1 sb Butter
- 1/2 biji Bawang Holland (hiris dadu)
- 1 ulas Bawang putih (cincang)
- 1/2 cawan isi ayam (hiris halus / cincang)
- 4 pcs cendawan shiitake (hiris nipis)
- 1/4 cawan sos lada hitam @yakinsedap.my
- 1 sb kicap Mee @yakinsedap.my
- 3 sb air
- Sedikit serbuk lada sulah
- Sedikit serbuk lada hitam berperisa (tabur)
Topping :
- Cheese Mozarella
- Lada benggala (hiris)
Cara-cara :
- Masukkan butter, tumis bawang Holland & bawang putih, kemudian masukkan isi ayam. Kacau sehingga ayam masak. Masukan cendawan.
- Masukkan sos lada hitam, kicap pekat dan sedikit air. Kemudian serbuk lada sulah dan lada hitam. Siap. Ketepikan
🍕Setelah doh pizza naik 2 kali ganda, tumbuk untuk buang angin. Canai doh berbentuk seperti boat. Cucuk permukaan pizza dengan garfu.
🍕 Letak sos lada hitam tadi separuh, ratakan. kemudian tabur cheese mozzarella secukupnya dan letak lebihan sos lada hitam tadi. Tabur lagi cheese.
Hias dengan lada benggala dan tabur dengan sedikit serbuk lada hitam berperisa .
- Bakar pada suhu 180 darjah selsius api atas bawah selama 20 minit, kemudian api atas sahaja selama 10 minit. Siap.
LUNCH kayangan hari ini LAMB CHOP 😜.
.
Alhamdulillah gigih ibuko masak Lamb Chop Rayyan . 2 minggu perap Daging , baru masak . padahal malas 😂 ya amat .
.
Seriously perap guna sos black pepper @yakinsedap.my memang Rasa sedap .
.
Perap Tampa letak apa-apa perasa tambahan pun memang sedap , 2 minggu perap .
.
Resepi Kuah Black Pepper
=====================
- Sos black pepper @yakinsedap.my
- Fresh Milk @dutchladymy
- 1/2 sudu tepung jagung .
- 1 labu Bawang Holland
- Garam dan gula
CARA MASAK
============
- Gunakan kuali pagang lamb chop tadi letak sedikit butter
- Masukkan Bawang Holland yang di potong dadu .
- Selepas dah Bawang layu Masukkan pula sos black pepper @yakinsedap.my.
- Masukkan susu segar masak hingga mendidih.
- Masukkan tepung jagung yang Sudah di campur air masak hingga mendidih .
- Dah sejuk blender Kan semua .
- Sedia di hidangkan .
Selamat mencuba.
CHICKEN CHOP
Bahan sos
- 2 sb Buttercup
- 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
- 1 sb tepung gandum
- 2 cawan air
- 2 sb sos cili
- 3 sb kicap lemak manis
- 1/2 cawan sos lada hitam @yakinsedap.my
- 1 sk serbuk lada hitam
- mula-mula panaskan butter ..bila dah cair masukkan bawang besar
- masak sampai bawang layu masukkan tepung gandum
- kacau rata masukkan air..bila dah naik wap masukkan sos cili dan kicap
- akhir sekali masukkan sos black pepper @yakinsedap.my
- nak lagi pedas boleh tambah 1 sk serbuk lada hitam
- kinah tak tambah garam sebab sos black pepper dah secukup rasa
- kalau nak tambah juga garam terpulang ikut selera masing-masing
- bila dah menjadi sedikit pekat terus tutup api
- akhir sekali kisar adunan tadi sampai bawang hancur (yang ni terpulang nk kisar ke tak)